TERBARU :
HOME » , , , , » SET RAWATAN 2 RAMBUT IN 1 JAMU JELITA

SET RAWATAN 2 RAMBUT IN 1 JAMU JELITA

{[['']]}
Set Rawatan Rambut 2 in 1


Harga Pasaran : RM31.90
Harga Kami : RM27.00 sahaja !!
Anda Jimat : RM4.90

Isi Kandungan/Berat :

POSTAGE :
RM6 SEM | RM9 SS

Diluluskan oleh :
Kementerian Kesihatan Malaysia
No. Sijil :
Jamu Jelita Pati Ibu Syampu Rambut Berherba & Berkolagen : NOT140302590K
Jamu Jelita Krim Mahkota Rambut Berherba & Berkolagen : NOT140302591K


Set Rawatan Rambut 2 in 1 Jamu Jelita dilengkapi dengan Pati Ibu Syampu dan Krim Mahkota yang kaya dengan kebaikan dari sumber Aloe Vera, kolagen dan betik bagi memelihara kesuburan dan kehalusan rambut di samping menjadikannya lebih kukuh, sihat dan bermaya.

KANDUNGAN SET RAWATAN RAMBUT 2 IN 1 JAMU JELITA :
1. Pati Ibu Syampu (100 ml)
2. Krim Mahkota (40 ml)


KEBAIKAN & KELEBIHAN SET RAWATAN RAMBUT 2 IN 1 JAMU JELITA :
✔ Menyuburkan rambut
✔ Menyerlahkan seri dan warna rambut
✔ Menyihatkan dan mengukuhkan rambut dari akarnya
✔ Memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala
✔ Mengatasi masalah kelemumur, rambut bercabang dan kulit kepala yang berkerak
✔ Mengurangkan rambut gugur
✔ Merapikan rambut yang kusut
✔ Mengatasi masalah rambut beruban
✔ Melembutkan rambut
✔ Mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit kepala


RAMUAN SET RAWATAN RAMBUT 2 IN 1 JAMU JELITA :
Pati Ibu Syampu 100ml

1. Air (Aqua) :
Air bukan sahaja baik untuk kesegaran tubuh serta kecantikan kulit, malah turut berperanan penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut anda. Ia bertindak memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.

2. Sodium Laureth Sulfate:
Sebatian ini yang terhasil dari buah kelapa ini merupakan agen pembuih yang amat sering digunakan di dalam produk penjagaan diri seperti sabun dan syampu.

3. Cocamidopropyl Betaine:
Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa ini berfungsi mencuci minyak dan kotoran dari kulit kepala selain membantu mengatasi masalah rambut kering dan kelemumur serta menyerap kelembapan ke dalam struktur rambut dan kulit kepala.

4. Cocamide DEA:
Sebatian ini terhasil daripada kombinasi asid lemak dan minyak kelapa bersama diethanolamine serta berfungsi sebagai agen pembuih dan pengemulsi dalam produk mandian seperti syampu dan sabun. Selain itu, Cocamide DEA berupaya menanggalkan kekotoran pada rambut dan kulit kepala di samping membantu menyinar dan melebatkan rambut.

5. Dimethicone:
Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan rambut dan kulit kepada di samping mengekalkan kelembapan kulit kepala dan rambut anda.
Gliserin: Gliserin atau glycerol merupakan sebatian organik yang boleh diperoleh daripada lemak haiwan mahupun sayuran. Ia berfungsi sebagai emolien yang berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut dan kulit kepala.

6. Glycol Stearate:
Glycol stearate merupakan sejenis sebatian organik yang bertindak melarutkan kandungan di dalam produk penjagaan diri.

7. Tetrasodium EDTA:
Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan rambut dan kulit kepala.

8. Asid Sitrik:
Selain bertindak sebagai agen pembersih, asid sitrik juga bersifat antioksidan yang berupaya memperbaharui sel kulit kepala seterusnya merangsang pertumbuhan rambut di samping membantu mencegah pembiakan bakteria bagi memelihara rambut anda.

9. Sodium Klorida:
Sodium klorida atau lebih dikenali sebagai garam merupakan bahan bersifat antibakteria dan antikulat membantu menghapuskan bakteria dan kulat di samping mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada kulit. Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.

10. Hydroxypropyl Methylcellulose:
Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan produk ini.

11. Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride:
Bahan yang diperbuat daripada gam guar atau guaran ini membantu mengatasi masalah rambut kusut di samping memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.

12. Kolagen:
Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan termasuklan rambut dan kulit kepala. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut serta kulit kepala. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya melebatkan rambut di samping menjadikannya lebih bermaya dan bersinar.

13. Tocopheryl Acetate:
Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia sering digunakan di dalam produk penjagaan diri termasuk syampu bagi membantu menyuburkan rambut di samping menjadikannya lebih bermaya.

14. Pewangi:
Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan serta mengharumkan rambut anda.

15. Daun Neel (Indigofera Tinctoria):
Daun neel telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai bahan pewarna organik bagi menyerlahkan warna rambut di samping membantu mengatasi masalah rambut gugur. Di samping itu, daun neel juga berupaya mengekalkan kelembapan rambut serta merapikannya agar rambut anda lebih mudah untuk diurus.

16. Gamat (Sea Cucumber):
Gamat merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang yang sarat dengan khasiat vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Ia juga mampu memelihara kesihatan rambut di samping membantu mencegah dan mengatasi masalah rambut gugur.

17. Aloe Vera (Aloe Barbadensis):
Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya membantu mengatasi masalah kegatalan dan kelemumur di samping menyihat dan menyamankan kulit kepala.

18. Menthol:
Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya mengatasi masalah rambut gugur serta memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.

19. Imidazolidinyl Urea:
Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.

20. CI 19140:
Bahan yang turut dipanggil Tartrazine adalah bahan pewarna sintetik yang menambah warna kuning lemon ke dalam sesuatu produk makanan mahupun kosmetik.

21. CI 42090:
Bahan pewarna sintetik ini turut dikenali sebagai Brilliant Blue FCF yang menambah warna biru ke dalam produk makanan dan produk penjagaan diri seperti syampu dan sabun.

22. Serbuk Arang:
Arang bukan sahaja baik untuk gigi dan kulit, malah berupaya membantu anda memiliki rambut yang lebih lebat di samping mampu mengatasi masalah rambut gugur.

23. Butyrospermum Parkii (Shea Butter):
Ramuan ini merupakan lemak yang diekstrak dari biji pokok Shea yang banyak terdapat di Afrika. Ia tinggi kandungan asid lemak yang berupaya memelihara kelembapan kulit kepala mahupun rambut di samping membantu merawat rambut dan kulit kepala yang rosak akibat pencemaran atau faktor-faktor lain.

24. Betik (Carica Papaya):
Selain baik untuk kecantikan kulit, betik turut kaya dengan nutrien yang berperanan memelihara kelembutan rambut di samping membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kukuh. Betik juga mampu mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur, serta membantu menyingkirkan kotoran mahupun minyak dengan selamat, di samping menjadikan rambut anda lebih bersinar dan bermaya.

Krim Mahkota Berherba & Kolagen
1. Air:
Air bukan sahaja baik untuk kesegaran tubuh serta kecantikan kulit, malah turut berperanan penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut anda. Ia bertindak memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.

2. Dimethicone:
Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan rambut dan kulit kepada di samping mengekalkan kelembapan kulit kepala dan rambut anda.

3. Alkohol Stearyl:
Sebatian organik ini merupakan sejenis lemak yang berfungsi sebagai bahan pelembap bagi mengatasi masalah rambut dan kulit kepala yang kering di samping bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanannya.

4. Alkohol Cetyl:
Alkohol cetyl terhasil daripada lemak haiwan mahupun sayuran serta bertindak mengawal masalah minyak pada rambut dan kulit kepala di samping membantu mengekalkan kelembapannya.

5. Paraffinum Liquidum:
Selain bertindak melindungi kandungan produk ini daripada kerosakan, sebatian yang terhasil melalui proses penyulingan petroleum ini bukan sahaja baik untuk merawat masalah kulit kering, malah turut berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut.

6. Gliserin:
Gliserin atau glycerol merupakan sebatian organik yang boleh diperoleh daripada lemak haiwan mahupun sayuran. Ia berfungsi sebagai emolien yang berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut dan kulit kepala.

7. Alkohol Denat:
Alkohol denat bertindak sebagai bahan pelarut di samping membantu mencegah produk ini daripada kerosakan.

8. Hydroxypropyl Methylcellulose:
Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan produk ini.

9. Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride:
Bahan yang diperbuat daripada gam guar atau guaran ini membantu mengatasi masalah rambut kusut di samping memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.

10. Tetrasodium EDTA:
Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan rambut dan kulit kepala.

11. Kolagen:
Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan termasuklan rambut dan kulit kepala. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut serta kulit kepala. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya melebatkan rambut di samping menjadikannya lebih bermaya dan bersinar.

12. Panthenol:
Panthenol atau lebih dikenali sebagai vitamin B5 sering terkandung di dalam produk penjagaan rambut dan berperanan mengembalikan kelembapan dan mengukuhkan rambut di samping memperbaiki rambut yang rosak, merawat hujung rambut yang bercabang dan menyerikan lagi rambut.

13. Karamel:
Karamel merupakan gula yang dipanaskan serta sering dijadikan produk gula-gula mahupun makanan. Karamel turut membekalkan khasiat untuk rambut, di mana ia berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan rambut di samping membantu merapikan rambut yang kusut.

14. Cetrimonium Klorida:
Bahan yang bersifat antiseptik ini berupaya mencegah serangan kuman dan bakteria sekaligus membantu melindungi ramuan di dalam produk ini daripada kerosakan.

15. Menthol:
Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya mengatasi masalah rambut gugur serta memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.

16. Butyrospermum Parkii (Shea Butter):
Ramuan ini merupakan lemak yang diekstrak dari biji pokok Shea yang banyak terdapat di Afrika. Ia tinggi kandungan asid lemak yang berupaya memelihara kelembapan kulit kepala mahupun rambut di samping membantu merawat rambut dan kulit kepala yang rosak akibat pencemaran atau faktor-faktor lain.

17. Serbuk Arang:
Arang bukan sahaja baik untuk gigi dan kulit, malah berupaya membantu anda memiliki rambut yang lebih lebat di samping mampu mengatasi masalah rambut gugur.

18. Betik (Carica Papaya):
Selain baik untuk kecantikan kulit, betik turut kaya dengan nutrien yang berperanan memelihara kelembutan rambut di samping membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kukuh. Betik juga mampu mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur, serta membantu menyingkirkan kotoran mahupun minyak dengan selamat, di samping menjadikan rambut anda lebih bersinar dan bermaya.

19. Imidazolidinyl Urea:
Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.

20. Daun Neel (Indigofera Tinctoria):
Daun neel telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai bahan pewarna organik bagi menyerlahkan warna rambut di samping membantu mengatasi masalah rambut gugur. Di samping itu, daun neel juga berupaya mengekalkan kelembapan rambut serta merapikannya agar rambut anda lebih mudah untuk diurus.


INFO & TESTIMONI SET RAWATAN RAMBUT 2 IN 1 JAMU JELITA :

Krim mahkota Rambut Berherba & Kolagen




Kongsi Artikel Ini :
loading...




ENJOY RM7 OFF*

Download Shopee App & use this Referral Code:
BEAUT482

*Min spend RM30
*Valid for first-time in-app purchase only



---------------------------------------------------


HUBUNGI KAMI
011-2409 9343
(( sila klik link di atas ))

Kini di Shopee dan Carousell !! :)


CLOSE ORDER :
HARI BEKERJA :
PosLaju : 10 pagi


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
COPYRIGHT © 2013. BEAUTY KIOSK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modified By BEAUTY KIOSK
Proudly powered by Blogger