TERBARU :
Produk Terbaru
Showing posts sorted by relevance for query SPIRULINA. Sort by date Show all posts

FER'SKIN 30 KAPSUL - FEREENA BEAUTY

Harga Pasaran : RM69.00
Harga Kami : 
Anda Jimat :

Isi Kandungan : 30 kapsul

 FER'SKIN mengandungi bahan seperti SPIRULINA, KOLEGEN ikan laut dalam, GLUTATHIONE & VIT.C yg berkesan untuk penjagaan kulit..

KELEBIHAN FERSKIN :
* Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
* Anti-bakteria, membuang TOKSIN
* Menghilangkan SEMBELIT
* Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
* MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
* Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA

KANDUNGAN FER'SKIN :
1) SPIRULINA
♥ Spirulina mempunyai kandungan protein yang tinggi dan lebih 60% daripadanya ialah protein sayuran mudah dicerna. Spirulina membekalkan protein sebanyak 20 kali ganda lebih daripada kacang soya dan 200 kali ganda lebih daripada daging lembu.
♥ Menggalakkan kulit yang sihat berseri
♥ membantu mengekalkan kulit yang sihat, rambut yang ikal-mayang dan kuku yang kuat serta menyingkirkan toksin yang menyebabkan cela kulit dan masalah kulit lain. Juga dapat melindungi kulit daripada penuaan pramasa.

2) GLUTATHIONE
♥ “Kandungan gluta pula boleh meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain. Secara tidak langsung, gluta menjadi bahan yang amat diperlukan untuk mendapatkan kulit cantik tanpa masalah,” Pakar Kosmetik, Dr Aidil Azry Mokhtar. Gluta juga menjadi elemen penting untuk kesihatan keseluruhan dengan keupayaan gluta berupaya bertindak mencegah pembentukan melanin gelap sekali gus berfungsi sebagai ejen pemutih.

3) VITAMIN C
♥ Antioksida Yang Berupaya Mencegah Dan Juga Mengurangkan Kesan-Kesan Penuaan Pada Kulit Manusia. Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit; sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit, merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit, mencerahkan kulit. Ia Juga Mempunyai Hubungan Yang Sangat Unik Dengan Kolagen Dan Glutathione Di Dalam Tubuh Badan Kita.
♥ Membantu Kulit Kita Dalam Pengeluaran Kolagen. Tanpa Vitamin C, Pembentukan Kolagen Akan Terganggu. Semakin Banyak Kolagen Terbentuk Semakin Tinggi Vitamin C Yang Diperlukan Yang Diperlukan Oleh Tubuh Badan.
♥ Mampu Menukarkan Glutathione Kembali Kepada Bentuk Aktif. Dalam Bentuk Aktif, Glutathione Akan Menghalang Vitamin C Dari Teroksida. Kehadiran Vitamin C Juga Telah Terbukti Secara Saintifik Untuk Meningkatkan Tahap Glutathione Di Dalam Tubuh Badan.

4) KOLAGEN IKAN
♥ Molekul kecil kolagen ikan yang digunakan berfungsi untuk mudah diserap ke dalam tubuh.
♥ Kolagen ikan sangat mudah dihadam dan membantu membentuk semula kolagen yang kian menyusut pada bahagian sendi, tulang, kulit dan lain-lain.
♥ Kajian klinikal awal menunjukkanpengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan

CARA PENGGUNAAN :
1- Boleh makan 1 biji 1 kali sehari sebelum tidur.
2- LEPAS 3 HARI kalau badan serasi dengan Fer'Skin boleh makan 2 biji sebelum tidor untuk kesan yg dattt booommm jika nak jimat, 1 biji sehari pun dah ok.

{[['']]}

MAMOM MILK BOOSTER

Mamom Milk Booster

Harga Pasaran : RM65.00
Harga Kami : RM58.00 sahaja !!
Anda Jimat : RM7.00

Isi Kandungan/Berat : 60 tablet x 1000mg

POSTAGE:
RM7.20 SEM
RM9.80 SRWK
RM10.50 SBH

MaMom Milkbooster Herbaworks Chewable Tablet adalah supplemen makanan yang diperbuat daripada bahan utama seperti kurma, madu lebah, ekstrak habbatussauda, spirulina, susu kambing dan ekstrak alfalfa berfungsi untuk tujuan menggalakkan penghasilan susu badan.

Hanya kunyah saja tablet ini..sangat mudah ! Diformulasi khas untuk ibu- ibu menyusu.

KELEBIHAN MAMOM MILK BOOSTER :
1. Tablet Kunyah Yang Mudah
Hanya perlu kunyah 2 atau 3 biji tablet sehari ketika perut kosong.

2. Diiktiraf Halal dan Selamat
MaMom diklasifikasikan sebagai produk makanan. Telah mendapat kelulusan Halal JAKIM dan KKM.

3. Dipercayai oleh Ibu- Ibu Seluruh Malaysia
Melebihi 200,000 para ibu menyusu di seluruh Malaysia telah menggunakan MaMom dan jumlah ini semakin meningkat.

4. Supplemen Yang Berkesan dan Diyakini
Ribuan testimoni yang positif diterima. Susu jadi melimpah- limpah dengan izinNya.

KANDUNGAN MAMOM MILK BOOSTER :
1. Habbatussauda

2. Alfafa

3. Madu lebah
• Sebagai sumber karbohidrat yang membantu mengekalkan tenaga
• Membantu menyembuhkan luka
• Memperkuatkan sistem penghadaman
• Membantu merawat masalah batuk
• Membantu menguatkan sistem imunisasi badan

4. Kurma

5. Gam akasia

6. Serbuk kacang soya

7. Bawang putih

8. Kismis

9. Spirulina
• Kaya dengan sumber protein, zat besi & vitamin B2
• Protein yang terkandungan dalam spirulina adalah 20 kali ganda lebih tinggin berbanding soya
• Protein berfungsi untuk membina dan memelihara sel badan, sebagai antibodi dan membantu mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan
• Zat besi & vitamin B2 berfungsi untuk membantu penghasilan sel darah merah

10. Halba

11. Susu Kambing

INFO & TESTIMONI MAMOM MILK BOOSTER :
Mamom Milk Booster

Mamom Milk Booster

Mamom Milk Booster

Mamom Milk Booster

Testimoni Mamom Milk Booster

Testimoni Mamom Milk Booster

Testimoni Mamom Milk Booster

{[['']]}

PLATINUM DRINK JUS SEJUTA KHASIAT V'ASIA

Platinum Drink V'asia

Harga Pasaran : RM90.00
Harga Kami : RM67.50 sahaja !! *
Anda Jimat : RM22.50

Isi Kandungan/Berat : 500ml

POSTAGE :
RM15.10 SEM
RM21.70 SARAWAK
RM26.40 SABAH

* PROMOSI LESS 25% UTK PRODUK V'ASIA SAH SEHINGGA DIBERITAHU SHJ

Plantinum Drink keluaran V’Asia menghimpunkan 55 jenis buah dan herba yang mampu meningkatkan tahap kesihatan anda secara menyeluruh.

Sesuai sebagai penawar untuk semua pesakit kencing manis, darah tinggi, gaot, kanser, penyakit misteri dan keseluruhan penyakit-penyakit yang sukar diubati.

Ia juga diperkaya dengan 9 ramuan utama dan 46 ramuan tambahan beserta makanan Sunnah dan didoakan dengan doa-doa Syifa'.

Selain itu, ia sesuai diambil oleh lelaki dan wanita, kanak-kanak. Sesuai juga diambil semasa haid, mengandung dan menyusukan bayi.

Didatangkan pada kuantiti 500mL dan percuma Minyak Hangat Beherba. Disarankan diambil pada waktu pagi sebelum sarapan dan pada waktu sebelum tidur.

KHASIAT PLATINUM DRINK V'ASIA :
✔ Menggalakkan fungsi organ
✔ Memelihara kesihatan dan kecantikan kulit
✔ Memelihara kesihatan sistem kardiovaskular
✔ Memelihara sistem saraf
✔ Menstabilkan kadar kolestrol
✔ Menstabilkan tekanan darah
✔ Membantu menentang kanser
✔ Melancarkan peredaran darah
✔ Meningkatkan tahap tenaga dan stamina
✔ Meningkatkan sistem imunisasi
✔ Membantu membakar lemak
✔ Merangsang keupayaan mental
✔ Melambatkan proses penuaan
✔ Meningkatkan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh 

KANDUNGAN PLATINUM DRINK V'ASIA :
1. Maquiberry : Tumbuhan yang merupakan agen antioksida ini membantu mencegah pengoksidaan kolestrol dalam darah, sekaligus memelihara kesihatan sistem kardiovaskular. Maquiberry juga bertindak sebagai antiradang selain menggalakkan fungsi organ dalaman.

2. Delima : Buah delima mengandungi kalium yang berperanan memelihara kesihatan jantung, serta dan zat tanin yang berfungsi melancarkan sistem pencernaan, membasmi bakteria, dan turut berfungsi sebagai agen anti-oksida dan antidotum yang merawat keracunan.

3. Mengkudu (Radix Morinda Elliptica) : Mengkudu berkesan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, mencegah penyakit, memulihkan semula sel dalam tubuh, membasmi bakteria, juga melancarkan sistem pencernaan. Selain itu, mengkudu juga membantu mengeluarkan toksin, mengatasi masalah keputihan kegatalan dan juga menyahbau yang tidak enak pada bahagian intim wanita.

4. Blueberry : Bersifat antoksidan, blueberry amat berkhasiat untuk kesihatan tubuh. Blueberry membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, menurunkan risiko penyakit jantung, mengurangkan gula dalam darah, serta memelihara saluran pencernaan daripada jangkitan. Blueberry juga kaya dengan polyphenol yang berupaya membakar lemak dalam tubuh terutamanya di bahagian perut selain kandungan serat yang mampu mengurangkan selulit. Selain itu juga, ia membantu merangsang keupayaan mental, menajamkan deria penglihatan dan memperbaiki struktur kulit.

5. Beri Acai : Beri Acai merupakan tumbuhan yang sering terdapat di hutan hujan Amazon dan mengandungi pelbagai khasiat untuk memelihara kesihatan. Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas serta mengandungi EFA yang merupakan asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Selain membantu melambatkan proses penuaan, mengatasi masalah senggugut, meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan kesuburan dan memelihara deria penglihatan, Acai juga mampu menyahtoksin, memperbaiki tona kulit serta meredakan tekanan. Selain itu juga, Acai berupaya melindungi arteri, kapilari, pembuluh dan saluran darah dengan bantuan zat anthocyanin. Kandungan kalsium di dalam beri ini pula bertindak mengukuhkan tulang dan gigi.

6. Beri Goji : Ramuan ini kaya dengan nutrien yang mampu menukar makanan kepada tenaga dan bukannya lemak. Seperti contoh, B1 (Thiamin) yang terkandung dalam beri Goji penting untuk menukar karbohidrat kepada tenaga. Kalsium pula menurunkan kadar lemak dalam tubuh. Manakala asid Amino L-glutamine dalam beri Goji dapat meningkatkan pembuatan tisu otot tanpa lemak. Beri Goji juga mengandungi bahat mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, natrium dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh. Beri Goji juga menguatkan kelenjar yang bertanggungjawab untuk menjana tenaga, pertumbuhan otot.

7. Manggis : Buah manggis merupakan tumbuhan yang bukan sahaja enak dimakan, malah mempunyai khasiat yang tinggi untuk memelihara kesihatan. Ia bersifat antioksidann dan mampu membantu menurunkan risiko serangan kanser dan jantung, di samping mengurangkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan. Buah manggis juga memelihara saluran pernafasan dan pencernaan selain mengatasi sakit buah pinggang

8. Prun : Kajian pakar menyatakan pengambilan makanan berserat tinggi seperti prun dengan berterusan membantu mencegah penyakit jantung, di samping melancarkan sistem penghadaman dan perncernaan. Prun juga kaya dengan vitamin K dan A yang berperanan menggalakkan penyembuhan luka, mengukuhkan tulang serta mengawal tahap gula dalam darah selain membantu memelihara kesihatan kulit. Prun juga berupaya melindungi usus daripada serangan kanser dan menurunkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan.

9. Ganoderma Lingzhi (Ganoderma Lucidum) : Herba yang digelar herba ajaib ini amat terkenal dalam perubatan tradisional Cina kerana khasiatnya yang tinggi. Ganoderma Lingzhi mengandungi 16 jenis asid amino yang bersifat antioksidan dan berperanan membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan protein dalam badan serta melembap dan menghaluskan kulit. Herba ini juga kaya dengan protein, polysaccharides dan triterpenes yang membantu menggalakkan pertumbuhan semula sel, melambatkan penuaan, meningkatkan sistem imunisasi. Di samping memelihara hati daripada kerosakan, Ganoderma Lingzhi juga berupaya menyahtoksin, melegakan alahan, meningkatkan tahap tenaga dan metabolisme, menggalakkan keupayaan mental serta menstabilkan tahap tekanan darah dan kadar gula dalaam darah.

10. Kunyit : Kunyit bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah kuman, menyembuhkan luka, mengatasi gatal dan penyakit kulit. Ia juga sering digunakan sebagai skrub untuk mencerahkan kulit, menghilangkan bintik hitam, serta menegangkan kulit.

11. Kismis : Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal dan mental pemakannya. Ia mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan, membantu penukaran karbohidrat kepada tenaga serta membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh. Kismis juga membekalkan tenaga yang seimbang, selain meningkatkan daya tumpuan serta ingatan.

12. Halia Bara : Herba ini sering digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya untuk merawat wanita selepas bersalin. Halia bara membantu mengurangkan sengal-sengal badan, melancarkan sistem penghadaman, membuang angin dalam badan serta membantu menurunkan berat badan selepas bersalin.

13. Tomato : Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam produk kecantikan ini tidak dinafikan mampu menyihat dan mencantikkan lagi kulit. Ia terbukti dapat mengecilkan liang pori-pori kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping melindungi kulit daripada sinaran ultraungu dan mencerahkan kulit yang kusam.

14. Beri Camu : Tumbuhan yang kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit ini sering terdapat di hutan hujan Amazon di sekitar Peru, Brazil, Colombia dan Venezuela. Camu juga mengandungi asid amino seperti valine, leucine dan serine yang bersifat antioksidan dan bertindak membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan protein dalam badan serta melembap dan menghaluskan kulit. Potassium dan flavonoid yang turut terkandung di dalam camu pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.

15. Buah Pir : Buah pir yang bersifat antioksidan dan antikarsinogen ini sememangnya kaya dengan zat yang penting untuk kesihatan. Misalnya, kandungan seratnya mampu mengawal kadar gula dalam darah di samping membantu memelihara usus daripada serangan kanser, manakala vitamin E yang turut terkandung di dalam buah pir pula bertindak melambatkan penuaan dan memelihara kesihatan kecantikan kulit di samping mencegah daripada sinaran ultraungu. Kandungan pectin ataupun serat mudah larut pula berfungsi mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi. Di samping meningkatkan tahap imunisasi, buah pir juga kaya dengan vitamin C yang berperanan melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas sekaligus membantu mengurangkan risiko serangan kanser. Di samping itu, buah pir sarat dengan kandungan fruktosa dan glukosa yang membekalkan tenaga kepada tubuh badan, manakala boron bertindak mengekalkan kandungan kalsium di dalam badan untuk membantu mencegah penyakit osteoporosis.

16. Markisa : Markisa atau buah susu kaya dengan vitamin C, pro-vitamin A dan riboflavin yang bertindak memelihara kulit daripada sinaran ultraungu. Ia juga bersifat antioksidan yang membantu meneutralkan kesan radikal bebas akibat pencemaran bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan. Selain berperanan menyah toksin dan mengatasi masalah insomnia, buah markisa juga mampu membantu membasmi sel kanser dengan bantuan kandungan phytochemical. Kandungan fosforus yang tinggi pula membantu mengukuhkan tulang dan gigi dengan bantuan kalsium, menstabilkan sistem penghadaman serta bertindak meningkatkan tahap tenaga. Manakala potassium yang turut terkandung di dalam buah markisa pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.

17. Air Zam-Zam : Menurut hadis Nabi, air zam-zam dikatakan mampu menjadi makanan yang mengenyangkan di samping membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Ia mengandungi kandungan elektrolit yang sempurna sekaligus membantu menggalakkan fungsi organ di dalam badan seperti menstabilkan kandungan asid dan melancarkan penghantaran oksigen ke semua bahagian tubuh. Air Zam-zam yang kaya dengan kandungan kalsium, magnesium dan fluorida juga membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal, menyegarkan tubuh badan serta membekalkan nutrient kepada tubuh badan.

18. Halba : Halba yang turut dipanggil Fenugreek dan Methi ini mampu mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi serta meningkatkan tahap kolestrol baik atau HDL, di samping meredakan penyakit sendi dan jantung, membantu melindungi hati daripada jangkitan, melancarkan sistem pencernaan, melegakan sakit kepala dan menggalakkan tumbesaran kanak-kanak. Kajian pakar menyatakan halba mampu membasmi sel kanser payudara dan leukemia di samping meningkatkan bekalan susu ibu. Selain itu, halba turut membantu membuang angin dalam badan, melancarkan kitaran haid, mengatasi senggugut, serta meningkatkan kandungan air mani dan tenaga batin.

19. Roselle (Hibiscus Sabdariffa) : Roselle kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, di samping mengandungi serat yang bertindak melancarkan sistem penghadaman di samping meningkatkan keanjalan kulit. Di samping itu, Roselle yang sarat dengan vitamin B1, B2 dan D ini juga berupaya mengurangkan kadar kolestrol jahat sekaligus memelihara kesihatan jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengatasi masalah kulit dan insomnia, menstabilkan tekanan darah, melancarkan sistem pencernaan, melambatkan penuaan kulit serta meningkatkan keupayaan mental.

20. Aprikot (Prunus Armeniaca) : Aprikot yang sering terdapat di Amerika Selatan dan New Zealand ini kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, serat yang mampu melancarkan sistem penghadaman dan meningkatkan keanjalan kulit, serta vitamin A yang memelihara kulit daripada sebarang jangkitan. Di samping kaya dengan karbohidrat yang bertindak membekalkan tenaga di samping memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah, potassium yang turut terkandung di dalam buah aprikot pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang. Aprikot turut membantu mengurangkan kadar kolestrol LDL atau kolestrol jahat seterusnya memelihara kesihatan jantung.

21. Bawang Putih : Walaupun Bawang Putih sering menjadi bahan masakan, sebenarnya ia juga mempunyai kegunaan dalam bidang perubatan tradisional. Bawang putih kaya dengan karbohidrat, magnesium, kalium dan protein yang mampu menghapuskan parasit, membantu melancarkan sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan tahap tenaga.

22. Betik (Carica Papaya) : Buah yang kaya dengan vitamin C ini sememangnya sarat dengan zat yang mampu menyihatkan kulit. Ia berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, ekzema dan psoriasis. Betik juga mampu membersih dan menghapuskan sel-sel kulit mati selain bertindak menghalus dan meremajakan kulit wajah anda.

23. Kiwi : Kiwi kaya dengan kandungan Vitamin C, magnesium, flavonoid dan karotenoid yang berfungsi sebagai agen antioksida dan membantu memelihara kesihatan kulit dan organ dalaman serta mengurangkan tahap kolestrol dan risiko penyakit jantung. Ia juga mempunyai kandungan serat yang tinggi yang berperanan melancarkan sistem penghadaman dan menggalakkan rasa kenyang.

24. Cranberry : Cranberry yang kurang kandungan kalori ini kaya dengan serat, Vitamin E dan C yang bertindak memelihara kulit dan juga sebagai agen antioksida. Cranberry juga mengandungi enzim yang membantu melancarkan sistem penghadaman.

25. Alfalfa (Medicago Sativa) : Turut dipanggil Lucerne, Alfalfa kaya dengan zat vitamin A, B, D, E dan K yang bertindak memelihara kesihatan kulit dan mencegah kerosakan akibat bahan kimia atau sinaran ultraungu yang berbahaya di samping menggalakkan penyembuhan luka. Di samping berupaya mengurangkan kadar kolestrol dan menyahtoksin, Alfalfa juga mengandungi kandungan kalsium, asid folik, zat besi, magnesium dan potassium yang membekalkan khasiat yang tinggi seperti menstabilkan tekanan darah, menggalakkan fungsi buah pinggang, mengangkut oksigen ke bahagian organ tubuh untuk menggalakkan fungsi organ tersebut, serta memelihara sistem pencernaan.

26. Kulit Kayu Manis : Herba yang sering menjadi bahan masakan ini bukan saja berkhasiat untuk kesihatan organ dalaman, malah berkesan untuk membantu mengecutkan jerawat selain berperanan melembutkan kulit.

27. Epal Hijau : Epal hijau yang kaya dengan vitamin A, B dan C ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiat seperti mencegah kerosakan pada sel kulit sekaligus mengurangkan risiko kanser kulit. Ia juga mampu mengurangkan kedutan pada wajah, merawat tekstur kulit, mencerahkan kulit, mencegah jerawat, membasmi lingkaran hitam di bawah mata, melembapkan kulit, dan mengekalkan kesihatan dan seri kulit wajah. Agen antioksida dan serat yang terkandung dalam epal hijau pula mampu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit wajah.

28. Madu : Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu merupakan sumber tenaga, stamina dan pemulih tenaga untuk badan kita selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Ia juga mampu membasmi bakteria, merawat dan memulihkan luka. Selain itu, madu yang bersifat antioksidan dan antibakteria ini turut berperanan melembutkan kulit dan menghasilkan tona wajah yang sekata selain mengurangkan jerawat, menyembuhkan luka dengan, memudarkan parut dan menyihatkan tubuh badan.

29. Habbatus Sauda : Habbatus Sauda terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, dan memelihara kesihatan hati. Ramuan ini juga bertindak meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tahap stamina, serta berfungsi sebagai anti-oksida.

30. Cordyceps : Kajian pakar mendapati Cordyceps yang merupakan sejenis kulat ini mampu megatasi masalah pernafasan, menggalakkan fungsi jantung dan hati, mengurangkan kadar kolestrol serta meningkatkan sistem imunisasi. Di samping itu, Cordyceps yang bersifat antioksidan ini juga bertindak melambatkan penuaan, meningkatkan tahap stamina dan tenaga seksual.

31. Aronia : Beri yang turut dipanggil Chokeberry ini sering tumbuh di kawasan Amerika Utara ini dan kaya dengan khasiat vitamin C, E, B2 dan B6 yang berperanan mengatasi pelbagai masalah kulit, melindungi kulit daripada kerosakan akibat bahan kimia dan sinaran ultraungu yang berbahaya. Aronia yang bersifat antioksidan juga mengandungi asid folik yang bertindak menstabilkan tekanan darah, membantu mengatasi penuaan, mengukuhkan tulang, serta meningkatkan keupayaan mental. Tumbuhan ini turut berupaya menentang bakteria dan virus, melancarkan sistem penghadaman, meningkatkan kadar kolestrol yang baik ataau GDL, serta mengatasi masalah kardiovaskular.

32. Oren : Oren bukan sahaja enak untuk dimakan, tetapi kaya dengan khasiat untuk memelihara kesihatan tubuh badan. Oren yang kaya dengan serat, vitamin C dan A, kalsium serta potassium ini dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengurangkan kadar kolestrol, menggalakkan fungsi jantung, memelihara deria penglihatan, menstabilkan tekanan darah, menyihatkan kulit serta mengatasi masalah osteoporosis.

33. Buah Tin : Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium, ramuan ini berperanan memelihara tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, meningkatkan daya ingatan, mencegah anemia, mengurangkan kolestrol, membebaskuan kulit daripada sebarang cela, mengembalikan tidur yang lena, serta membasmi virus.

34. Vitamin B6 : Vitamin B6 sememangnya penting untuk tubuh badan kita. Ia membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kanser serta sindrom pra-haid atau PMS. Pengambilan vitamin B6 yang mencukupi juga membantu meningkatkan keupayaan mental.

35. Temulawak : Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan untuk menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal kadar metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala, sembelit dan juga menambah selera makan. Temulawak juga berfungsi menguatkan sendi, menurunkan berat badan dan membuang angin di samping menyegarkan lagi tubuh badan.

36. Peria : Selain berfungsi sebagai bahan masakan, peria telah digunakan sejak berabad lamanya untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, buasir, cirit-birit, demam serta jangkitan cacing. Selain itu, peria turut membantu menggalakkan pertumbuhan rambut serta merawat bahagian tubuh yang bengkak dan berbisul.

37. Spirulina : Spirulina merupakan cyanobakteria atau alga yang kaya dengan protein, asid amino, dan Omega-3 yang membantu menghalang peningkatan kadar glukosa atau gula dalam badan sekaligus dapa mengurangkan risiko penyakit kencing manis, mengekalkan kandungan kolagen dalam kulit tubuh serta membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan protein dalam badan serta melembap dan menghaluskan kulit. Di samping itu, spirulina turut mengandungi chlorophyll, asid folik, vitamin B1, B2, B3, B6, B9, C, A dan E serta potassium, zat besi, magnesium dan kalsium yang mampu menyahtoksin, meningkatkan sistem imunisasi, mengatasi penyakit jantung, memelihara kulit daripada bahan kimia dan sinaran ultraungu yang berbahaya di samping mengukuhkan tulang dan gigi, menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.

38. Anggur : Anggur sememangnya kaya dengan vitamin K yang tinggi untuk membantu penyembuhan luka dalam badan, selain mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang dan mengawal tahap gula dalam darah. Vitamin B2 yang turut terkandung di dalam anggur pula berfungsi menentang radikal bebas, meredakan migraine, merawat anemia, serta membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Selain itu juga, anggur melancarkan tekanan darah, menstabilkan kadar kolestrol, serta meningkatkan kandungan glutathione di dalam darah, di samping melambatkan penuaan, menggalakkan keupayaan mental, serta membantu menentang kanser dan radang.

39. Daun Belalai Gajah : Daun yang bersifat antioksidan ini dikatakan mampu memelihara sel-sel tubuh di samping menentang sel-sel kanser. Selain itu, daun belalai gajah yang kaya dengan asid amino ini juga mampu menyahtoksin, melancarkan peredaran darah, menstabilkan kadar kolestrol serta berupaya membantu mengatasi masalah buah pinggang, radang prostat, tekanan darah tinggi dan diabetes.

40. Beta Karotena : Beta Karotena yang bersifat antioksidan ini mengandungi vitamin A yang berfungsi menyihatkan kulit, di samping membasmi radikal bebas yang berbahaya, meningkatkan keupayaan mental serta menggalakkan fungsi paru-paru.

41. Laici : Laici bukan sahaja bebas daripada kolestrol dan lemak tepu, malah kaya dengan serat, kalium, vitamin C, vitamin B-kompleks seperti thiamin, niacin dan folat serta merupakan agen antioksida yang berperanan membasmi radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan. Di samping membantu memelihara kulit dan merawat jangkitan kuman terutamanya di bahagian intim, laici mengandungi potassium yang mampu mengawal tekanan darah dan menggalakkan fungsi jantung, selain zat besi yang penting untuk penghasilan sel darah merah.

42. Akar Ginseng : Herba yang sering ditemui di kawasan sejuk di Amerika Utara dan Asia Timur ini berperananan menggalakkan pertumbuhan rambut dan sel-sel kulit kepala, membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengukuhkan rambut, mengatasi masalah kelemumur dan rambut beruban di samping melancarkan peredaran darah di bahagian kulit. Ginseng juga mampu melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah kanser, menambahkan stamina serta tenaga zahir dan batin, mengurangkan kadar kolestrol dan melancarkan peredaran darah.

43. Minyak Zaitun : Minyak zaitun juga merupakan ramuan yang penting di dalam produk ini. Ia mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai anti-penuaan untuk meremajakan wajah sekaligus berperanan untuk menyeri dan melembutkan lagi kulit wajah anda. Selain membantu mencantikkan kulit, ekstrak zaitun juga berupaya membantu mengatasi masalah kelemumur, rambut gugur, uban dan melembutkan kulit yang kasar, kering dan rosak. Selain itu juga, ia juga membantu mengurangkan rambut gugur, membekalkan nutrisi kepada kulit kepala di samping meningkatkan pertumbuhan rambut

44. Cekur (Kaempferia Galanga) : Tumbuhan ini berperanan mengatasi sakit tekak, menambah selera makan serta mengatasi jangkitan bakteria, selain membuang angin dalam badan.

45. Cengkih : Cengkih ternyata mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Ia kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, serta melegakan masalah sindrom pra haid. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi bakteria, membekalkan tenaga zahir dan batin, menstabilkan sistem pencernaan, mencegah kanser terutamanya pada kulit, paru-paru dan saluran pencernaan. Cengkih juga mengandungi Eugenol yang bersifat anti-kulat dan berupaya mengatasi masalah penyakit kulit.

46. Misai Kucing : Tumbuhan ini berupaya membantu mengatasi masalah buah pinggang, sakit belakang, pinggang dan gout. Ia juga berperanan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

47. Ceri Acerola : Juga dipanggil dengan nama saintifiknya, Malpighia emarginata, ia sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid. Ramuan-ramuan tersebut mengandungi khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit.

48. Vitamin E : Pengambilan vitamin E yang konsisten menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan lebih berseri. Ia juga kaya dengan anti-oksida yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merosakkan kulit wajah anda. Vitamin E juga berperanan untuk mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit yang kusam selain memelihara, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran sinar ultraviolet, serta mempercepat proses penyembuhan luka.

49. Rumpai laut : Kajian pakar merumuskan bahawa rumpai laut mengandungi mineral, asid amino, beta-karotein dan protein yang tinggi dan berperanan mengekalkan kandungan kolagen dalam kulit tubuh. Hasilnya, kulit menjadi lebih tegang, halus, dan anjal. Rumpai laut juga berupaya menambah tekstur dan seri kuli, mengurangkan kesan selulit serta melembapkan kulit.

50. Aloe Vera : Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Lidah Buaya, ia merangsang penghasilan kolagen dalam tisu kulit dan mampu merawat masalah kulit dan memudarkan parut yang masih baru, di samping melembap dan menyegarkan kulit. Ia juga mampu melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, mempercepatkan proses penyembuhan, serta merawat kulit yang kering dan rosak.

51. Bilberi : Bilberi telah digunakan di Eropah sejak bertahun-tahun lamanya untuk merawat penyakit buah pinggang. Bilberi yang mampu membasmi kulat, bakteria dan protozoa ini mengandungi anthocyanoside yang merupakan agen antioksida yang bertindak meningkatkan sel darah merah, serta mengukuhkan dinding kapilari darah. Selain itu juga, bilberi mampu menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan deria penglihatan serta mengukuhkan lagi tisu badan.

52. Dong Quai (Angelica Sinensis) : Herba yang kaya dengan vitamin B12, asid folik, asid folin dan biotin ini sering digunakan dalam bidang perubatan tradisional Cina untuk menstabilkan hormon estrogen, meningkatkan kesuburan kaum lelaki dan wanita, mengatasi masalah kekejangan dan sindrom pra-haid, serta membantu mengurangkan tekanan. Di samping itu, Dong Quai turut melambatkan penuaan, meremajakan kulit serta mengatasi masalah kulit seperti ekzema, rosacea dan neurodermatitis.

53. Saffron : Turut dikenali dengan nama Za’faran, ia adalah sejenis bunga yang mempunyai banyak khasiat dan sering digunakan dalam bidang perubatan. Saffronn kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 dan berupaya membantu proses penghadaman, menguatkan daya ingatan, mencegah kanser, mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan saraf, menambah tenaga, serta menambah selera makan untuk kanak-kanak.

54. Daun Teh Hijau : Anti-oksidan dan polyphenyl yang terdapat dalam teh hijau dapat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh disamping meningkatkan tahap oksida lemak. Juga dikenali dengan nama Latinnya, Camelia Sinensis, teh hijau mampu meningkatkan tahap tenaga dan kemampuan tubuh untuk membakar lemak meningkat sebesar 4% dalam tempoh 24 jam setelah pengambilannya. Disamping itu, ia juga mengatur menghalang peningkatan gula dalam darah setelah makan, menghalang sel-sel lemak daripada menyerap glukosa serta dapat membantu dalam pembakaran kalori.

CARA PENGAMBILAN PLATINUM DRINK V'ASIA :
1- Amalkan 1 hingga 2 sudu plastik setiap pagi lalu minum segelas air atau jus buah-buahan
2- Goncang sebelum digunakan
3- Simpan di tempat yang kering dan sejuk selepas dibuka

INFO & TESTIMONI PLATINUM DRINK V'ASIA :
Testimoni Platinum Drink V'asia

Testimoni Platinum Drink V'asia

Testimoni Platinum Drink V'asia

Testimoni Platinum Drink V'asia

Platinum Drink V'asia

Testimoni Platinum Drink V'asia

Testimoni Platinum Drink V'asia

{[['']]}

PLATINUM DRINK V'ASIA (SACHET)

Platinum Drink (sachet)

Harga Pasaran : RM90.00
Harga Kami : RM67.50 sahaja !! *
Anda Jimat : RM22.50

Isi Kandungan/Berat : 30 sachet x 17ml

POSTAGE :
RM12.50 SEM
RM17.80 SRWK
RM21.10 SBH

PERCUMA !!
1x Minyak Hangat Berherba

* PROMOSI LESS 25% UTK PRODUK V'ASIA SAH SEHINGGA DIBERITAHU

INFO PLATINUM DRINK V'ASIA (SACHET) :
✔ Diperkaya dengan perahan makanan yang tinggi antioksidan SUPERFRUITS seperti delima, MaquiBeri, Goji Beri, Acai Beri, Blue Beri, Manggis dan Camu Beri.
✔ Mengandungi 55 ramuan buah dan herba gabungan khasiat dan penawar yang amat baik untuk melindungi kesihatan dari penyakit.
✔ Mengandungi herba-herba Nusantara seperti Kayu Manis, Cengkih, Peria, Temulawak, Kunyit,Halia Bara, Cekur, Lada Hitam dan Bunga Cengkih.
✔ Mengandungi ramuan penemuan terkini seperti Aprikot (antikanser) dan Gingko Biloba (peredaran darah).
✔ Mengandungi VitaminB6, Vitamin E dan Shark Cartilage untuk kebaikan tubuh badan dan sendi.
✔ Diadun dengan makanan sunnah seperti Kismis,Habbatussauda, Madu dan Saffran yang berkualiti tinggi dari Yemen.
✔ Meningkatkan tahap dan taraf kesehatan serta sesuai untuk semua peringkat umur.
✔ Diformulasi oleh pakar pemakanan & nutrisi yang bertauliah.
✔ Percuma Minyak Aroma Berherba (10ml).

Plantinum Drink keluaran V’Asia menghimpunkan 55 jenis buah dan herba yang mampu meningkatkan tahap kesihatan anda secara menyeluruh.

Sesuai sebagai penawar untuk semua pesakit kencing manis, darah tinggi, gaot, kanser, penyakit misteri dan keseluruhan penyakit-penyakit yang sukar diubati.

Ia juga diperkaya dengan 9 ramuan utama dan 46 ramuan tambahan beserta makanan Sunnah dan didoakan dengan doa-doa Syifa'.

Selain itu, ia sesuai diambil oleh lelaki dan wanita, kanak-kanak. Sesuai juga diambil semasa haid, mengandung dan menyusukan bayi.

Didatangkan pada kuantiti 30 sachet x 17ml dan percuma Minyak Hangat Beherba. Disarankan diambil pada waktu pagi sebelum sarapan dan pada waktu sebelum tidur.

APPLE FIBER + COLLAGEN V'ASIA

Apple FIber + Collagen V'asia

Harga Pasaran : RM30.00
Harga Kami : RM22.50 sahaja !!
Anda Jimat : RM7.50

Isi Kandungan/Berat : 15g x 10 sachets

BORONG:
3 x RM21.00
10 x RM19.50

POSTAGE:
RM7 SEM
RM10 SS (ikut berat)

NEW PACKAGING !!
Dahulunya dikenali sebagai Appleslym Dietary

 CAMPURAN MINUMAN PATI EPAL HIJAU DENGAN PSYLLIUM HUSK DAN KOLAGEN 

KELEBIHAN & KHASIAT APPLE FIBER + COLLAGEN V'ASIA : 
Disyorkan untuk berat kurang daripada 70 kg 
✔ Merupakan campuran pati epal hijau dengan fiber Psyllium Husk, Kolagen dan Vitamin C
✔ Membantu mendapatkan berat ideal sambil mencantik dan menganjalkan kulit
✔ Membantu memberi rasa kenyang dan menyekat selera makan
✔ Menyingkirkan lebihan makanan yang tidak terhadam
✔ Kesan dapat dirasai seawal 4-8 jam dimana lebihan lemak, minyak dan lendir keluar melalui pembuangan.

KANDUNGAN APPLE FIBER + COLLAGEN V'ASIA :
1. Kiwi Juice Powder
2. Apple Juice Powder
3. Seena Leaf Powder
4. Psyllium Husk
5. Inulin
6. Goji Berry
7. Acai Berry
8. Vitamin C
9. Garcinia Cambogia
10. Collagen
11. Tricalcium Phosphate
12. Spirulina
13. Chlorophyll
14. Malic Acid
15. Stevia
16. Sugar
17. Apple Flavour
18. Guar Gum
19. Maltodextrin

CARA PENGAMBILAN APPLE FIBER + COLLAGEN :
1- Campurkan kandungan ke dalam suku cawan air suam, kacau sehingga larut dan tambahkan dengan air biasa atau sejuk
2- Minum dengan segera
3- Ambil 1 sachet setiap hari selepas makan tengah hari atau malam
4- Boleh diambil sehingga 2 kali sehari.

PERHATIAN :
* Simpan di tempat yang kering
* Wanita yang sedang haid boleh mengambil APPLE FIBER + COLLAGEN.
* WANITA YANG HAMIL TIDAK BOLEH MENGAMBIL APPLE FIBER + COLLAGEN.
* Wanita yang menyusu boleh mengambil APPLE FIBER + COLLAGEN bergantung kepada keadaan bayi selepas si ibu mengambilnya.

INFO & TESTIMONI APPLE FIBER + COLLAGEN V'ASIA :

Testimoni Apple Fiber + Collagen V'asia

Testimoni Apple Fiber + Collagen V'asia

Testimoni Apple Fiber + Collagen V'asia

Testimoni Apple Fiber + Collagen V'asia

Apple Fiber + Collagen V'asia

{[['']]}

KRIM RAMBUT BERHERBA SUPER LEBAT D'HERBS 2019

Krim Super Lebat D'Herbs 2019

Harga Pasaran : RM29.90
Harga Kami : RM26.91 sahaja !!
Anda Jimat : RM2.99

Isi Kandungan/Berat : 75ml

POSTAGE :
RM7 SEM*
RM10 SS

* max 5kg SEM

NEW PACKAGING !!
Dahulunya dikenali sebagai Super Lebat Cream dan Krim Super Lebat

Diluluskan oleh :
Kementerian Kesihatan Malaysia
No. Sijil :
D'Herbs - Super Lebat Cream :
NOT180900161K

KRIM SUPER LEBAT dirumuskan khas daripada 100% herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein untuk kesuburan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut, khusus bagi masalah rambut bercabang, kering, gugur dan kelemumur dapat diatasi.

BAHAN - BAHAN KRIM SUPER LEBAT :
1. Buah zaitun
2. Mengkudu
3. Bunga raya
4. Kelapa
5. Spirulina
6. Vitamin dan mineral
7. Carbomer
8. Delonized Water

KELEBIHAN KRIM SUPER LEBAT :
✔ Menghasilkan melanin yang mengekalkan rambut asli kehitam-hitaman tanpa perlu diwarnakan.
✔ Sesuai digunakan sebagai krim harian rambut agar kekal segar dan bersinar.
✔ Membekalkan oksigen yang mencukupi bagi mempercepatkan pertumbuhan dan menguatkan akar rambut agar tidak mudah putus.
✔ Mengatasi masalah rambut gugur, melebatkan rambut dan kelemumur.
✔ Sesuai digunakan oleh lelaki mahupun wanita.

CARA PENGGUNAAN KRIM SUPER LEBAT :
1- Sapukan Krim Super Lebat ke serata rambut dan kulit kepala sambil mengurut kulit kepala pada setiap hari 1-2 kali sehari selepas mandi pada bila-bila masa.

INFO & TESTIMONI KRIM SUPER LEBAT D'HERBS :
Krim Super Lebat D'Herbs 2019

Krim Super Lebat D'Herbs 2019

Super Lebat Cream D'Herbs

Super Lebat Cream D'Herbs

Testimoni Super Lebat Cream

Testimoni Super Lebat Cream

Testimoni Super Lebat Cream

{[['']]}

ENJOY RM7 OFF*

Download Shopee App & use this Referral Code:
BEAUT482

*Min spend RM30
*Valid for first-time in-app purchase only

---------------------------------------------------

HUBUNGI KAMI
011-2409 9343
(( sila klik link di atas ))

Kini di Shopee dan Carousell !! :)

CLOSE ORDER :
HARI BEKERJA :
PosLaju : 10 pagi

Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
COPYRIGHT © 2013. BEAUTY KIOSK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modified By BEAUTY KIOSK
Proudly powered by Blogger